Oleh: yesinovarita22 | April 17, 2010

DUALISMA PENDIDIKAN DI MALAYSIA: KE ARAH PENGINTEGRASIAN KEMAJUAN DAN PERMASALAHANNYA

Yesi Novarita

P48140

1.0 PENDAHULUAN

Jurnal yang bertajuk Educational Dualism In Malaysia: Progress and Problems Toward Integrationyang ditulis oleh Rosnani Hashim, secara am membicangkan tentang permasalahan-permasalahan dualism pendidikan kearah pengintegrasian di Negara Malaysia. Di sini penulis akan memberikan kritikan terhadap jurnal tersebut. Walaupun demikian huraian berikut ini lebih banyak kepada ulasan mengenai jurnal.

Isu dualisma dalam pendidikan sedang hangat dibincangkan pada dan selepas persidangan Sedunia yang Pertama mengenai Pendidikan Islam di Makkah pada tahun 1977. Sebagai sebuah Negara Islam, Negara Malaysia pun dilanda oleh masalah dualism pendidikan ini. Dualisma pendidikan ini bermula pada saat penjajahan oleh pihak Inggeris pada abad ke-18. Dua sistem pendidikan itu ialah system pendidikan kebangsaan dan sistem pendidikan Islam yang berjalan secara serentak dan melahirkan cendikiawan yang berbeza mengikut falsafah pendidikan yang mendasari kedua-dua sistem pendidikan tersebut.

Dalam tugasan ini penulis mencoba mengkritik perkembangan dan permasalah yang timbul berkaitan dengan dualism pendidikan di Malaysia dan melihat cabaran kepada pendidikan Islam pada masa depan.

2.0 KRITIKAN JURNAL

Dualisma merupakan isu yang sedang hangat dibincangkan dalam dunia pendidikan saat ini. Dualisma diartikan sebagai dua bentuk ilmu  yang berlawanan, seperti ilmu sekular  dan ilmu agama. Sementara itu Abdul Halim Ramli, didalam rencana tulisannya, Memecah Dualisma Harmoniskan Ilmu: Reformasi Sistem Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Mohammad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan, dualism dalam pendidikan ditakrifkan sebagai berikut:

“ …Wujudnya dua system pendidikan yang berbeza iaitu system pendidikan tradisional Islam dan system pendidikan moden. System pendidikan tradisional Islam lebih menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaam semata-mata dengan mengabaikan ilmu-ilmu moden. Manakala system pendidikan moden hanya menitik beratkan ilmu-ilmu moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan”. (Tamadun, Ogos 1997).

Bukti nyatanya ialah eksistensi daripada dua sistem pendidikan iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekuler sudah menjadi suatu fenomena di dunia pendidikan Islam di Malaysia. Masalah dualisma pendidikan di Malaysia merupakan suatu isu yang sangat penting bagi orang Islam di dunia, sehingga kebanyakan orang Islam menyebutnya sebagai sebuah krisis dalam pendidikan Islam. Kewujudan kedua sistem ini bagi umat Islam di Negara ini bermula selepas penjajahan oleh pihak Inggeris pada abad ke-18. Isu ini hangat dibincangkan pada dan selepas Persidangan Sedunia Pertama Mengenai Pendidikan Islam di Makkah pada tahun 1977.

Abdul Rahman (1987) menyatakan bahawa dalam sistem sekular  ini bukan bererti agama tidak langsung diajarkan bahkan agama diajarkan sebagai satu subjek dan tidak mampu menimbulkan satu fahaman terhadap pemikiran Islam yang lengkap malah subjek tersebut dlihat dengan mata pelajaran yang lain. Oleh itu kita dapat melihat tidak wujudnya mata pelajaran agama tersebut merentasi disiplin ilmu yang lain.

Tajul Arifin (1987) dan Rosnani Hashim(2002) juga menyatakan bahawa ketempangan yang berlaku di dalam sistem pendidikan samada di peringkat Negara mahupun dunia seperti wujudnya amalan sekularisme dan dualism dalam pendidikan moden telah gagal dalam membangunkan manusia atas sifat penciptaannya sebagai insan dan khalifah Allah serta memaksa kita untuk segera menghayati pendekatan Islam.

Pengasingan antara ilmu agama dan sekular di dalam sistem pendidikan Negara adalah perkara pokok kepada persoalan dualisma di dalam pendidikan. Cendekiawan dan ilmuwan menyuarakan kebimbangan mereka akan kewujudan aliran ini di dalam system pendidikan kerana melihat kepada natijah yang terhasil akibat daripada perlaksanaan sistem begini di dalam pendidikan. Justeru itu, berbagai saranan telah diberi untuk cuba mengatasi permasalahan ini.

Ismail al Faruqi, seorang sarjana Islam menyatakan bahawa dualisma adalah suatu jenis system pendidikan yang bertanggung jawab pada keturunan orang Islam yang memiliki kontradiksi dengan weltanschaaung atau pandangan dunia. Dia berpendapat bahawa dualisma ini tidak boleh membangkitkan kembali sistem pendidikan masyarakat Islam menuju konsep integrasi (bersepadu). Integrasi merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah dualisma pendidikan di Malaysia. Integrasi adalah upaya untuk menyepadukan antara kedua ilmu yang saling bertentangan tersebut iaitu ilmu agama dan ilmu sekuler.

Upaya untuk mengintegrasikan ilmu agama dan ilmu umum (sekuler) tersebut telah mulai diperkenalkan oleh para ahli yang visionaer sejak akhir abad ke- 20, yang kemudian menimbulkan prokontra.  Di satu pihak ada yang setuju dilakukannya islamisasi ilmu tersebut dan di lain pihak ada yang tidak setuju. Adapun kelompok yang setuju dengan islamisasi atau integrasi ilmu pengetahuan yang pertama kali adalah Sayyed Hossein Nasr, dalam bukunya The Encounter of Man and Nature, yang diterbitkan pada tahun 1968. Dalam bukunya itu, ia menunjukkan kemungkinan alternatif Islam bagi sains modern. Selanjutnya Syed Naquib al Attas, ia berpendapat bahawa perlunya pembentukan suatu epistemology Islam. Setelah itu diikuti pula oleh Ismail al Faruqi, ia juga menekankan perlunya mengislamkan ilmu-ilmu sosial. (Abuddin Nata et.al, 2005)

Sistem pendidikan Malaysia merupakan sebuah warisan daripada kolonial Inggeris yang bermula pada awal abad ke 19. Secara tegas, tujuan pendidikan Inggeris adalah menyediakan pendidikan sekuler bagi keturunan peribumi dengan membatasi kelas-kelas pendidikan agama. Pada masa itu pendidikan agama memanglah sangat terbatas, kolonial Inggeris lebih menekankan pada pemberian ilmu sekuler. Sesuai dengan matlamat pendidikan mereka iaitu memberi pendidikan liberal dan sekularisme.

Pada masa itu, pihak Inggeris memberi perhatian kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di peringkat sekolah rendah. Dan pada peringkat sekolah menengah terdapat beberapa jurusan seperti sastera dan sains sesuai dengan dasar utilitarian pihak pemerintah untuk melahirkan golongan yang boleh member khidmat kepada pembangunan ekonomi Negara.

Di Malaysia, Konsep integrasi keilmuan telah dilaksanakan mulai pada tingkat sekolah rendah. Di sekolah rendah telah dilaksanakan pendidikan agama di samping mata pelajaran umum. Untuk memantapkan konsep integrasi itu maka bagi anak-anak didik yang sekolah di pagi hari, kepada mereka disediakan sekolah agama di sore hari dan demikian juga sebaliknya. Di sekolah agama ini diberikan pendidikan agama yang lebih popular dengan sebutan fard ‘ain. Di sini diajarkan al Qur’an (membaca dan menulis), dasar tauhid serta dasar-dasar ibadah dan sirah rasul.

Integrasi keilmuan pada tingkat menengah adalah diaplikasikan di sekolah-sekolah menengah keagamaan. Di Malaysia ada tiga jenis sekolah menengah keagamaan iaitu: Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama dilaksanakan program kurikulum yang berkesinambungan antara ilmu pengetahuan agama(perennial knowledge) dan ilmu pengetahuan umum (acquired knowledge). Tamatan dari sekolah ini apabila telah lulus dalam ujian yang dilaksanakan oleh pemerintah diperkenankan untuk melanjutkan studi ke perguruan tinggi umum atau perguruan tinggi agama.

Pada jenjang pendidikan tinggi ditemukan beberapa kolej-kolej Islam yang hampir setiap negeri memiliki kolej Islam. Di kolej Islam itu apabila diperhatikan program pendidikan yang dilaksanakan terlihat bahawa disamping ilmu-ilmu yang berbasis agama seperti syari’ah, dakwah, ushuluddin dan bahasa arab, juga berbagai program studi yang meliputi ilmu-ilmu umum seperti ilmu ekonomi, komunikasi dan lain-lain.

Hal ini selari dengan sasaran Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir Mohamad, supaya kursus Tamadun Islam diperkenalkan dan dilaksanakan di IPT pada tahun 1993 yang lalu juga antara lain menunjukkan komitmen kerajaan untuk menghasilkan para intelektual yang berilmu dan berakhlak. Silabus dan tata cara pelaksanaan kursus ini yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan keselarasannya. Malang sekali, sejak awal hingga kini masih wujud perbezaan dari segi tafsiran dan kefahaman terhadap pelaksanaan kursus itu di peringkat IPT. (Berita Harian, 8 Julai 1997)

Di samping itu sistem sekolah agama juga berupa sistem pondok dan pendidikan madrasah, yang mana kurikulumnya lebih pada ulum al-syari’ah dan ilmu-ilmu alat seperti ilmu hisab sebagai alat untuk mendalami ilmu fara’id dan muamalah dan juga mantik yang sudah sebati dengan ilmu usuluddin. Namun, setelah perang dunia kedua, sebuah madrasah seperti Madrasah Masyhor al Islamiah di Pulau Pinang mula mengajarkan ‘ulumaqliyyah dan sains seperti sains umum, matematik dan geografi. Sistem sekolah agama mula untuk memperkenalkan dengan tujuan untuk mempersiapkan diri pelajar untuk menghadapi peperiksaan seperti SRP dan SPM. Yang mana SRP dan SPM telah menjadi bahagian dari system sekolah agama.

Sistem pendidikan dualisma ini menghasilkan suatu konsekuensi yang negatif bagi orang Islam. Kedua sistem pendidikan yang dihasilkan belum sempurna dan tidak memperlihatkan ciri integrasi (kesepaduan) dengan Islam. Pendidikan yang lebih dikedepankan saat ini adalah pendidikan sains, matematik, bahasa Inggeris. Padahal tujuan sebenarnya adalah menyepadukan antara ilmu umum dengan ilmu agama, kita tidak terlepas dari al Quran dan Sunnah semasa mempelajari ilmu-ilmu umum (sekular), kerana pada hakikatnya semua ilmu itu berasal daripada al Qur’an.

Pada dasarnya kedua-dua bentuk ilmu pengetahuan itu penting, sama ada ilmu agama mahupun ilmu sekular. Ilmu sekular bertujuan untuk kepentingan melanjutkan kehidupan di dunia, sedangkan ilmu agama bertujuan untuk memperoleh kebahagiaan hidup di akhirat. Kedua-duanya harus seimbang(Abuddin Nata, 2005). Sebagaimana firman Allah dalam Surat Al Qashash, 28: 77 yang bermaksud:

”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan”. (QS Al Qashash,28:77)

Dan diantara mereka juga ada yang berdoa: Ya, Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan periharalah kami dari api neraka. (QS Al Baqarah, 2 : 201).

Di dalam hadith Rasulullah Saw. Dinyatakan: ”Bekerjalah untuk mencapai kebahagiaan hidupmu di dunia seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk mencapai kebahagiaan hidupmu di akhirat seolah-olah engkau akan meninggal besok pagi.” (HR. Ibn Asakir). (Ahmad Al Hasyimi:1984)

Untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat tersebut memerlukan ilmu pengetahuan. Kebahagiaan hidup di akhirat akan dicapai dengan mengamalkan ilmu agama dan ilmu umum (sekular) atas dasar niat kerana Allah. Hal ini lebih lanjutnya dinyatakan dalam hadith Rasulullah Saw yang bermaksud: ”Barangsiapa yang menghendaki kebahagiaan hidup di dunia haruslah dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat haruslah dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki keduanya haruslah dengan ilmu”

Untuk itu perlu diciptakan suatu model kurikulum dan pembelajaran bersepadu yang dapat memadukan antara ilmu sekuler dengan ilmu agama, kerana hal itu sangat penting dan visibel untul dikembangkan dan diterapkan pada lembaga Pendidikan Islam. Untuk mencari model kurikulum dan pembelajaran terpadu yang sesuai untuk dikembangkan di Lembaga Pendidikan Islam tersebut harus dilakukan dengan sungguh-sungguh dengan pengkajian yang mendalam, utamanya melalui kegiatan penelitian dan pengembangan kurikulum.( Syaifuddin: 2006)

Laporan Komite Kabinet tahun 1979 yang diketuai oleh Dr. Mahathir, Menteri Pendidikan, memainkan satu peranan dalam pembaharuan pendidikan Negara. Hasil yang sangat penting dalam laporan itu ialah mengkaji semula kurikulum sekolah rendah dan melahirkan suatu kurikulum baru iaitu KBSR.  KBSR menjadikan moral dan nilai agama sebagai dimensi yang sangat penting pada Sekolah rendah disamping penekanan pada tiga keterampilan dasar iaitu membaca, menulis dan aritmatik.( Rosnani, 2000)

Pembaharuan lain yang penting juga diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, bekas Menteri Pendidikan telah merumuskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1987. FPK mengatakan bahawa suatu pendidikan holistik itu berdasarkan kepada kepercayaan dan kesetiaan pada Tuhan, keseimbangan dan keharmonisan perkembangan intelektual individu, spiritual, fizik dan emosi dan mempunyai moral yang sangat bagus.

Hal ini selaras dengan yang dikemukakan oleh Ismail (2008) bahawa dalam sistem integrasi (kesepaduan) semua ilmu dipandang bersumber dari Tuhan Yang Maha Esa dan diperuntukkan bagi Kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Dalam pendidikan bersepadu, individu dan masyarakat berada dalam posisi dan fungsi yang saling bergantung satu sama lain.

FPK telah diterjemahkan kepada tindakan menuju Kurikulum Bersepadu untuk Sekolah Menengah atau yang lebih dikenal dengan KBSM, yang dilaksanakan pada tahun 1989. KBSM menekankan suatu pendekatan bersepadu pendidikan yang mengambil berat nilai-nilai moral, hal ini terbukti daripada ungkapan” Kesepaduan nilai-nilai merentasi kurikulum”

Langkah utama yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan, dalam unsur FPK, menyediakan satu landasan penting untuk menyepadukan kedua sistem tersebut.  Suatu kajian mengenai falsafah pendidikan telah dirumuskan oleh Lembaga Penasihat dan Penyelaras Pendidikan Islam (LEPAI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIZ), dan Yayasan Islam Kelantan (YIK). LEPAI ditubuhkan untuk menyeragamkan pelbagai sukatan pelajaran yang digunakan. Melihat kurikulum LEPAI yang pernah dirangka, kita dapati banyak persamaannya dengan kurikulum jurusan pengajian Islam di SMKA.(Jabatan Perdana Menteri, 1992).

LEPAI juga berhasrat untuk melihat perubahan dalam kurikulum sekolah agama. Ia ingin agar skop pendidikan sekolah agama diperluaskan supaya meliputi ilmu aqli yang penting. Walaupun LEPAI menyatakan hasratnya untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang, kita dapati kurikulumnya masih cenderung untuk melahirkan ulama dan pendakwah sahaja. Kita dapati jika ini berterusan, LEPAI akan mengukuhkan dualisme pendidikan di negara ini dan juga menyempitkan pengertian pendidikan Islam kepada ilmu syari’ah sahaja. Ilmu aqli yang ditawarkan Cuma diajar kerana ilmu alat ataupun kerana kepentingan sedikit asas pengetahuan sains dalam kehidupan semasa dan bukan sebagai memenuhi tuntutan melahirkan ulama dalam bidang ilmu fardhu kifayah. (Rosnani Hashim,2002)

Dari pernyataan di atas, penulis menyimpulkan bahawa telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya melalui kementerian pelajaran untuk menangani masalah dualisma pendidikan ini. Pendidikan yang bercorak sekular sepatutnya diterapkan dengan nilai-nilai roh islamiyah sehingga berfungsi sebagai suatu program pendidikan yang ditunjangkan akidah dan nilai-nilai insaniah sesuai dengan fungsi manusia sebagai khalifah Allah dan sebagai hamba Allah.

3.0  RUMUSAN

Negara sememangnya amat memerlukan satu falsafah sempurna yang mampu di kongsihasrat dan cita-cita bersama oleh seluruhlapisan masyarakat.Falsafah yang sempurna ini mampu membentuk kesatuan dan kesatuan dan juga sebagai dorongan dalam pencapaian matlamat. Kesempurnaan falsafah amat penting untuk mengelakkan kecelaruan pandangan dan tindakan dan yang paling penting ia boleh mengelakkan pertembungan sebagaimana yang telah kita alami dewasa ini.

Dalam menangani arus kemodenan dan pembangunan, kesejahteraan rakyat perlulah diutamakan. Pembangunan yang sebenarnya seharusnya merangkumi seluruh dimensi  kehidupan insan. Falsafah  pembangunan dalam Islam ialah memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada insan dalam kehidupan. Pembangunan hendaklah bersifat seimbang dan bersepadu dalam erti tidak terlalu memberati pembangunan fizikal dan material sehingga melupakan pembangunan unsure rohani, akal dan emosi.Teras pembangunan dalam Islam adalah tauhid. Ini bererti setiap susunan dan perancangan pembangunan harus menepai konsep keabdian dan kehambaan kepada Allah.

Untuk mewujudkan hal tersebut perlulah dirancang suatu kurikulum yang boleh menyepadukan antara ilmu agama dan ilmu sekular. Musa Nantrak (1987) menyatakan bahawa kurikulum pendidikan bersepadu adalah untuk mewujudkan sahsiah-sahsia yang sepadu iaitu insan yang sesempurna mungkin, manakala Tajul Arifin (1987) pula menyatakan Konsep Pendidikan Bersepadu merupakan kesepaduan antara kaedah saintifik, logic dan wahtu. Hasil daripada perbincangan dan bengkel Pendidikan Bersepadu di UKM (1984) satu takrif mengenai pendidikan sepadu telah dipersetujui iaitu: “Pendidikan yang bersumber Al Quran dan Hadith Nabi Saw di samping adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu akal kea rah membina komuniti ummah dengan berteraskan akidah”.

RUJUKAN

Abdul Rahman Kurais, 1987, Sorotan Kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan Ke Arah Pembentukan Satu Generasi Baru, Jurnal Pendidikan Islam, Thn 2, Bil. 5, ABIM

Abuddin Nata, Suwito, Masykuri Abdillah dan Armai Arief. 2005, Integrasi Ilmu Agama dan Ilmu Umum, PT Raja Grafindo Persada, Jakarta.

Ahmad Al Hasyimi, 1984, Mukhtar al Ahadis al Nabawiyah, Mathbaah Hijaz bi al Qahirah, Mesir

Berita Harian, 8 Julai 1997

Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam,1992, Draf Kertas Konsep dan Kurikulum Sekolah Menengah di bawah penyelarasan LEPAI, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri

Haidar Putra Daulay, 2009, Dinamika Pendidikan Islam Di Asia Tenggara, Rineka Cipta, Jakarta

Hanun Asrohah, 1999, Sejarah Pendidikan Islam, Logos, Jakarta

Ismail Thoib, 2008, Wacana Pendidikan: Merentas Filsafat Pendidikan Islam, Genta Press, Jakarta

Rosnani Hashim, 2000,Kajian TASKI ABIM, Kertas Seminar

Rosnani Hashim, 2002, Dualisme Pendidikan Umat Islam di Malaysia: Sejarah, Perkembangan dan Cabaran Masa Depan, Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 10, Bil. 2, Kolej Dar al Hikmah (KDH).

Syaifuddin Sabda, 2006, Model Kurikulum Terpadu IPTEK dan IMTAQ, Ciputat Press, Jakarta

Tajul Arifin, 1987, Pendekatan Islam Dlam Pendidikan, Jurnal Pendidikan Islam, Tahun 2, Bil. 5, ABIM

About these ads

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: